7 tip bijak berbelanja
7 tip bijak berbelanja
MASALAH kenaikan kos sara hidup isu adalah global yang dihadapi di seluruh dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea dan Jepun.
Malaysia turut tidak terkecuali mengalami lonjakan kos sara hidup harian dan sejak kebelakangan ini, isu kenaikan kos sara hidup semakin hangat diperkatakan di seluruh negara.
Selain itu, masyarakat turut dibelenggu kebimbangan kekurangan bekalan ayam, kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan seperti e-hailing yang tidak selari dengan gaji minimum di Malaysia.
Situasi ini turut akan mengakibatkan kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan tidak terkawal seperti susu, lampin pakai buang, tambang bas sekolah, serta petrol sekali gus menyebabkan masyarakat terpaksa berjimat cermat terutamanya mereka yang mempunyai tanggungan ramai.
Memahami masalah yang dihadapi orang ramai, berikut beberapa tip boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dalam situasi sukar ini.
1. Selesaikan komitmen bulanan
Lunaskan komitmen bulanan seperti rumah, kereta dan bil berkaitan dengan segera daripada menunggu untuk membayar dengan wang lebihan pada akhir bulan.
Cara ini dapat mengelakkan anda daripada membelanjakannya untuk sesuatu yang tidak dirancang.
2. Tetapan simpanan automatik
Salah satu tip penting dalam perbelanjaan ialah menetapkan mod simpanan secara automatik yang boleh dilakukan, sama ada secara auto debit ke akaun yang berasingan.
Cara ini bukan sahaja menyukarkan proses pengeluaran wang daripada simpanan malah anda tidak lagi rasa berat hati untuk menyimpan duit.
3. Guna sistem sampul
Jika anda cenderung untuk berbelanja secara berlebihan, anda boleh pertimbangkan penggunaan sistem sampul kerana ia salah satu cara yang efektif untuk membantu mengawal bajet keluarga.
Anda hanya perlu membahagikan setiap ringgit ke dalam sampul mengikut kesesuaian dan keperluan keluarga misalnya, barangan runcit, wang saku anak, petrol dan penyelenggaraan kenderaan serta percutian.
Sistem ini dapat mengurangkan masalah ketirisan dalam belanjawan keluarga sekiranya diamalkan dengan betul.
Sekiranya terdapat baki dalam sampul, wang itu boleh disimpan sebagai tabungan kecemasan selain dapat memastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan setiap masa.
4. Rancang menu masakan
Tidak dapat dinafikan makanan antara perkara yang boleh mengganggu perbelanjaan setiap isi rumah kerana sesiapa sahaja berkemungkinan berbelanja secara berlebihan untuk makanan setiap bulan.
Jadi, jika anda ingin mengawal perbelanjaan setiap bulan, anda boleh cuba merancang menu setiap minggu. Apa yang penting, pastikan anda masak menu yang mudah dan digemari.
5. Beli barangan runcit secara dalam talian
Menariknya mengenai membeli barang keperluan secara dalam talian ialah anda mengetahui berapa banyak yang dibelanjakan sebelum membuat pembayaran.
Dengan cara ini, anda sentiasa boleh mengeluarkan mana-mana barangan tidak penting daripada troli sekiranya anda berbelanja melebihi bajet barangan runcit yang sepatutnya.
Anda bukan sahaja dapat berjimat setiap bulan dengan hanya membuat komitmen untuk memesan barangan runcit secara dalam talian, malah ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.
6. Dapatkan pulangan tunai, tawaran dan promosi
Bagi yang gemar berbelanja secara dalam talian, anda juga boleh memperoleh pulangan tunai ketika membeli-belah secara dalam talian dengan penggunaan kad kredit atau menerusi platform yang menawarkan pulangan tunai.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai promosi dan baucar hebat menerusi platform lain seperti e-dompet, e-dagang serta perkhidmatan penghantaran.
Sekiranya anda lebih suka berbelanja secara fizikal, anda juga boleh berjimat dengan mendapatkan barangan dengan harga promosi di pasar raya.
7. Hadkan langganan
Dengan semakin banyak syarikat bergerak ke arah model langganan, anda pasti turut tidak terkecuali mendaftar untuk lebih banyak langganan tanda disedari.
Penting untuk anda membuat semakan semula langganan bagi mengelakkan pembaziran terhadap perkara yang tidak selalu digunakan serta tiada manfaat untuk perbelanjaan isi rumah anda.
Salah satu yang anda wajar pertimbangkan ialah program langganan pandapro yang membolehkan pengguna menikmati tawaran dan manfaat eksklusif untuk makanan dan barangan runcit apabila berbelanja menerusi aplikasi penghantar makanan.
7 tip bijak berbelanja
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET