Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN

Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN

Kerajaan sewajarnya mempertimbangkan dua lantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Perikatan Nasional.

Satu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan satu lagi dari Pas, sindir Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Ini kerana, katanya, negara memerlukan tokoh-tokoh dan idea-idea baharu untuk membantu perdana menteri melalui jawatan TPM.

“Lagipun PRU lambat lagi,” ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan TPM.

”Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

“Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi PN. MG

Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker