Mahathir pakar flip flop, keputusan bertanding semula dalam PRU-15 bukan mengejutkan

Tiada siapa boleh menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad, daripada membuat kemunculan semula ke arena politik tanah air serta bertanding di Parlimen Langkawi, biarpun bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu, kini sudah berusia 96 tahun.

Malah, Pengasas dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu masih berbisa dan mempunyai aura tersendiri biarpun pernah dua kali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2003 dan terakhir pada 2020 susulan krisis dalaman kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Biarpun, selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah jantung pada April lalu, Dr Mahathir ada memberikan bayangan bahawa beliau akan bersara dari arena politik namun banyak pihak terutama pemerhati dan penganalisis politik percaya bahawa beliau bakal membuat ‘come back’ apabila semakin sihat.

Jadi tidak hairan jika Dr Mahathir memberikan bayangan bahawa beliau mungkin akan kembali bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Jadi pengumuman Mahathir untuk kembali aktif dalam politik bukan perkara yang mengejutkan.

Mazlan berkata, walaupun Dr Mahathir memaklumkan beliau berundur dari arena politik bagi memberi peluang kepada muka baharu bertanding di Parlimen Langkawi sebelum ini, namun tiada seorang pun pemimpin dalam Pejuang mampu membawa imej dan pengaruh dibawanya.

“Jika Dr Mahathir tidak bertanding, PRU15 nanti akan menjadi hambar dan tidak meriah, sekali gus melenyapkan dan menutup peluang Pejuang untuk menang mana-mana kerusi.

Mahathir dijangka mampu meningkatkan gelombang Pejuang untuk menyaingi parti lain dalam PRU15,”

Amar Pared Mahamud (kiri) bergambar bersama Dr Mahathir ketika Ahli Parlimen Langkawi masih lagi menjadi Pengerusi Bersatu

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan bertanding dalam PRU15 bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ketika ini Pejuang sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di kawasan itu, namun ia terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.

Namun Dr Mahathir menegaskan, sekiranya calon berkenaan masih didapati tidak sesuai dan tidak mahu bertanding di Parlimen itu, beliau sedia kembali bertanding.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, Dr Mahathir juga masih mempunyai aura untuk memimpin pakatan parti politik dan mampu memainkan peranan penting dalam pilihan raya nanti.

Malah beliau berkata, sehingga kini PH dan Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan mengenai siapakah bakal memimpin dan mengetuai mereka dalam kempen PRU15 nanti.

“Jadi Dr Mahathir dilihat berada di pentas tersendiri dan satu tokoh yang dikatakan tidak boleh diketepikan dan diperkecilkan selagi hayatnya masih ada. Oleh itu, beliau kekal relevan dalam arena politik tanah air dan mewakili Pejuang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15,” katanya.

Bagi Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Langkawi, Amar Pared Mahamud, pihaknya tidak membantah cadangan Dr Mahathir yang sebelum ini mewakili parti itu pada PRU14 mahu kembali bertanding di pulau bebas cukai berkenaan kerana sesiapapun berhak berbuat demikian di negara berdemokrasi.

“Kita tiada halangan jika Dr Mahathir mahu bertanding di Langkawi pada PRU15 kerana Malaysia adalah sebuah negara mengamalkan demokrasi di mana sesiapa saja berhak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya.

“Namun, sebagai Ketua Bahagian Bersatu sudah tentu kita akan lawan dan kempen bersungguh-sungguh menentang Dr Mahathir jika perkara itu diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti,”

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker