Pelantikan Isham kuatkan kem Presiden
PELANTIKAN bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat dilihat bakal menguatkan kem Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Penganalisis keselamatan dan politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, tidak dinafikan pelantikan Isham yang juga merupakan bekas pegawai khas atau orang kuat Datuk Seri Najib Tun Razak itu dapat memberi satu sentimen kekuatan kepada parti tertua tersebut.
“Pelantikan Isham dapat memberikan satu sentimen kekuatan baharu dalam kepimpinan tertinggi apabila dia juga mempunyai pengaruh bekas Perdana Menteri atau bekas Presiden UMNO terdahulu iaitu Najib.
“Dari situ, Isham juga akan membawa sokongan yang sama dan hubungan baik dengan Presiden UMNO yang sedia ada,” katanya kepada Sinar Premium.
Tambahnya, salah satu faktor Isham dipilih adalah kerana dia banyak membantu dalam kempen strategik UMNO sejak kebelakangan ini.
“Kita sedia maklum Isham dikatakan orang yang terlibat secara langsung dalam dua pilihan raya yang lepas dan merupakan antara jentera-jentera yang membantu mengatur strategi UMNO. Berkemungkinan kelebihan itu yang akan membantu UMNO dalam mencorak strategi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lebih berkesan kelak.
“Dengan pengalaman sebagai bekas Ketua Penerangan BN Selangor, ia merupakan cara strategik untuk menguatkan kedudukan Presiden di samping memastikan pengkhususan dalam pelaksanaan strategi untuk memenangi pilihanraya depan terutamanya di negeri Selangor,” katanya
Selain pelantikan Isham, faktor utama yang ingin dilihat oleh masyarakat dalam pembaharuan khususnya parti-parti gergasi seperti UMNO adalah untuk membentuk satu manifiesto lebih mikro yang boleh dicapai dan bukan retorik.
“Muka baharu diperlukan dan boleh dilantik tetapi kena lihat faktor-faktor mikro berkepentingan rakyat kerana masyarakat sekarang ini pasif politik tetapi mereka mahu tahu apa hala tuju politik untuk mereka.
“Masyarakat sudah muak dengan sandiwara dan pertukaran politik dan mereka mengharapkan apa sahaja berlaku dalam parti politik seperti UMNO yang mewakili masyarakat Melayu, dapat memberi suatu perubahan dari segi nilai integreti terutamanya dalam memastikan politik orang Islam itu tulus,” katanya.
Seterusnya, perancangan strategi UMNO yang memposisikan muka baharu seperti Isham dalam suasana politik yang pasif adalah tindakan yang tepat dan dapat membantu parti tu menarik sokongan pengundi.
Sebelum ini, ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melalui surat daripada presiden UMNO bertarikh 21 Jun 2022.
Susulan itu, Isham dilantik sebagai MKT UMNO baharu selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT di hadapan Presiden dan kepimpinan parti yang lain baru-baru ini.
MUKA BAHARU BERPOTENSI
Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Bilcher Bala berpendapat, Isham adalah calon muka baharu yang berpotensi untuk menerajui UMNO.
“Isham Jalil sesuai menjadi ahli MKT kerana dia muda dan ada kepakaran. Trend sudah berubah dan masyarakat kini mahu pemimpin muda yang boleh mengubah keadaan ekonomi yang sukar ketika ini.
“Pemimpin calon-calon muda ini dlihat sebagai profesional dan jika diberi peluang, mereka mampu menarik pengundi muda balik kepada UMNO. Bagi parti, pemimpin muda di pucuk pimpinan UMNO dapat mengubah fikiran pengundi yang menarik diri atau sekadar undi atas pagar,” katanya.
Katanya, dengan muka baharu sebagai pemimpin, kita dapat melihat kekuatan UMNO seperti yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET