Suami pengasas Dnars bakal saman portal yang mendakwanya menyebab kematian isterinya
Suami pengasas Dnars bakal saman portal yang mendakwanya menyebab kematian isterinya
Sebuah portal termasuk beberapa individu terdekat dan netizen berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa memfitnah suami pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim di media sosial.
Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak tiga tahun lalu terlampau berat hingga menuduhnya merancang kemalangan yang menyebabkan kematian isterinya, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad.
“Perbalahan ini sebenarnya berpunca daripada pihak keluarga isteri saya sendiri, namun saya memilih berdiam diri sebelum ini.
“Malah laporan polis yang menuntut siasatan lanjut mengenai punca kematian isteri saya yang disyaki ada unsur lain juga dibuat dan dimulakan ahli keluarga arwah.
“Tuduhan bahawa kematian Allahyarhamah isteri saya dirancang adalah fitnah besar dan amat jelek sekali,” katanya pada sidang media di Taman Tun Dr Ismail, di sini, hari ini.
Sebelum ini, ahli keluarga Allahyarhamah Faziani Rohban membuat laporan di Balai Polis Tumpat, Kelantan pada 16 Jun lalu bagi menuntut polis membuat siasatan lanjut terhadap kematian pengasas produk kecantikan itu yang disyaki ada unsur lain.
Selain itu, saman sivil dibuat kerana pihak tentu menuduh rumahtangganya bermasalah sewaktu arwah masih hidup sehingga beliau difitnah merancang kematian arwah isteri melalui kemalangan.
“Malah saya juga dituduh menjalinkan hubungan di luar perkahwinan semasa arwah masih hidup sehingga saya merancang kemalangan yang melibatkan saya dan arwah isteri,” katanya.
Tambahnya, tindakan undang-undang itu turut dibuat kerana beliau dakwaan proses membawa masuk balik jenazah arwah isterinya dari Thailand ke Kelantan tidak mengikut undang-undang.
“Tuduhan itu seolah-olah saya berusaha menyembunyikan sesuatu.
“Saya turut difitnah berkenaan wang tunai, barang-barang milik arwah isteri, pertukaran saham syarikat,” katanya.
Sementara itu, peguam Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu notis tuntutan sivil akan dihantar pihaknya melalui firma guaman Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co dalam masa terdekat.
“Kami tidak menolak kemungkinan jumlah pihak yang akan disaman mungkin lebih empat individu termasuk netizen kerana hantaran komen fitnah mereka di media sosial sebelum ini.
“Kita sudah kenal pasti pihak-pihak terlibat dan setakat ini netizen yang menggunakan akaun sebenar berdepan tindakan undang-undang,” katanya lagi. MG
Suami pengasas Dnars bakal saman portal yang mendakwanya menyebab kematian isterinya
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor