Simulasi proses pengundian PRU diperluas ke sekolah
Simulasi proses pengundian PRU diperluas ke sekolah
Pendedahan mengenai proses pengundian sebenar pilihan raya umum (PRU) diperluaskan ke sekolah di negeri ini susulan negara akan menggunakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang berusia 18 tahun.
Aktiviti yang dijalankan menerusi Program Cambah Minda 2022 itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan Pejabat Pilihan Raya negeri ke atas sekolah terpilih.
Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Haniezaida Hassan berkata, program yang dijalankan sejak April lalu diperluaskan ke sekolah di negeri ini sekali gus penuntut berusia 18 tahun ke atas dan layak daftar pemilih secara automatik.
Menerusi program itu, penuntut diberi peluang melakonkan situasi sebenar proses pengundian seperti berbaris mengikut saluran, pengesahan identiti, cara melipat kertas undian dan lain-lain lagi.
Selain itu, katanya, penuntut turut didedahkan mengenai pengurusan bencana dan isu semasa lain yang berkaitan.
“Hari ini, seramai 50 penuntut Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Jelutong di sini, didedahkan dengan situasi sebenar proses pengundian ketika PRU.
“Pelajar pada usia ini sudah menunjukkan kefahaman mengenai proses berkenaan dan diharap mereka dapat menceritakan semula kepada rakan yang lain mengenai kepentingan daftar sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui hari ini.
Taklimat itu turut disampaikan wakil Pejabat SPR Negeri, Norakashah Abu Bakar.
Hadir sama, Guru Besar Kolej, Rahmatullah Sulaiman.
Sementara itu, penuntut, Norshahida Roslan, 19, berkata, sebelum ini mereka hanya mempelajari mengenai sistem pilihan raya secara teori menerusi mata pelajaran Pengajian Am.
“Memang teruja hendak mengundi buat pertama kali dan kami didedahkan dengan keadaan sebenar semasa PRU selain tahu tugas individu di dalam dewan mengundi.
“Rupa-rupanya hendak melipat kertas undian juga ada caranya, bukan terus lipat dan masukkan ke dalam peti undi,” katanya.
Bagi Wan Syaza Syafika Wan Mohd Sham, 18, dengan simulasi itu dia dapat memahami tanggung jawab sebagai pengundi.
“Diharap pengundi muda dapat memahami kepentingan bagi mengundi dan menjalankan tanggung jawab mereka sebagai warganegara,” jelasnya. MG
Simulasi proses pengundian PRU diperluas ke sekolah
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor
Kasut sekolah berharga RM15,000