Kejatuhan mendadak harga sawit jejas pengeluar

Kejatuhan mendadak harga sawit jejas pengeluar

Penurunan drastik harga minyak sawit mentah (MSM) hampir 30 peratus bulan ini dijangka menjejaskan perniagaan pengeluar sawit.

Penganalisis Maybank IB, Ong Chee Ting, berkata pengeluar akan terjejas memandangkan terdapat kemungkinan peningkatan risiko kemungkiran atau kegagalan membuat pembayaran dalam kalangan pembeli yang mahu menangguhkan penghantaran minyak sawit, memandangkan mereka telah mengunci harga yang tinggi lebih awal.

Namun, katanya, secara positif, purata harga jualan (ASP) bagi MSM pada masa ini masih lagi melebihi purata kos operasi pengeluaran industri.

“Purata kos operasi pengeluaran industri untuk tahun kewangan 2022 dianggarkan pada paras kurang RM2,500 satu tan.

“Namun, situasi di Indonesia membimbangkan (walaupun sementara) memandangkan ASP bersih domestik MSM disebut harga pada 8,000 rupiah sekilogram atau RM2,374 satu tan pada 24 Jun,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Harga MSM menunjukkan arah aliran penurunan bermula 7 Jun lalu iaitu daripada RM6,753.50 satu tan kepada RM5,046.00 satu tan pada 22 Jun 2022 atau penurunan sebanyak 25.3 peratus dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.

Harga hadapan MSM satu bulan susut 16 peratus dari minggu ke minggu kepada RM4,798 satu tan pada Jumaat lalu, atau penurunan 27 peratus bagi bulan ini setakat 24 Jun 2022, yang mana ia menghapuskan hampir keseluruhan peningkatan bagi tahun ini.

Harga hadapan MSM satu bulan juga menyusut 41 peratus sejak mencecah paras tertinggi RM8,163 satu tan pada 1 Mac 2022.

Chee Ting berkata, secara positif, jurang harga antara MSM dan minyak sayuran lain iaitu minyak kacang soya dan minyak biji sesawi kekal meluas, yang mana ia memberi sedikit sokongan kepada harga MSM.

Beliau berkata berkata, walaupun harga MSM adalah menarik, penurunan mendadak harga komoditi itu baru-baru ini boleh mengganggu perniagaan kerana pembeli mungkin mengamalkan sikap tunggu dan lihat, dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan harga yang lebih rendah memandangkan stok semasa di Indonesia ‘melimpah’.

“Situasi di Indonesia nampaknya teruk jika dilihat dari kemerosotan mendadak harga MSM domestik (negara itu) yang mencecah rekod terendah dua tahun.

“Harga terakhir disebut ialah RM2,374 satu tan (penurunan 14 peratus dari tahun ke tahun), 40 peratus di bawah harga pada permulaan tahun ini di Indonesia dan pada kira-kira RM2,421 satu tan diskaun kepada harga MSM Malaysia.

“Namun, kami jangka keadaan itu adalah sementara memandangkan harga domestik sepatutnya pulih dengan cepat sebaik saja stok simpanan Indonesia kembali normal,” katanya. BH

Kejatuhan mendadak harga sawit jejas pengeluar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

One Comment

  1. Saya rasa harga yang disebut kurang tepat, iaitu menyebut harga setan 8,000 rupiah atau RM 2,374.00 Sepatutnya 6,884,600 (juta) rupiah baru bersamaan dengan RM 2,374.00 mengikut tukaran hari ini…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker