Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini

Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini

Pekan bersejarah Pasir Salak akan menjadi tuan rumah kepada siri jelajah “Aspirasi Keluarga Malaysia” di Perak yang akan disertai perdana menteri pada hujung minggu ini.

Pasir Salak merupakan kawasan Parlimen bersebelahan Bagan Datuk yang diwakili oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi selama enam penggal.

Zahid baru-baru ini memecat Tajuddin daripada majlis tertinggi Umno.

Berikutan itu, Tajuddin membuat beberapa pendedahan terhadap Umno dan Zahid serta menggesanya supaya meletakkan jawatan.

Tajuddin muncul dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi ini untuk mempromosikan acara tersebut.

Katanya Pasir Salak amat istimewa kerana terpilih sebagai hos.

“Di negeri lain, jelajah ini dijalankan di ibu negeri. Perak, lain. Kita buat di Pasir Salak. Pasir Salak istimewa,” katanya.

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung di Litar Dato Sagor.

Ismail Sabri akan menghadiri majlis itu pada hari terakhir dan akan menjadi tetamu kehormat di “kenduri rakyat” yang dianjurkan Tajuddin.

“Saya sebagai MP Pasir Salak akan menganjurkan kenduri rakyat Keluarga Malaysia pada masa PM tiba.

“Di hari terakhir, Ahad ada kenduri rakyat. Saya sediakan 10 ekor lembu sembelih. Kita ada cabutan bertuah,” katanya.

Bahan promosi majlis itu menyatakan selain Tajuddin dan Ismail Sabri, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad akan turut hadir pada majlis berkenaan.

Siri jelajah AKM dianjurkan oleh Jabatan Penerangan persekutuan. Mk

Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker