RUU anti-lompat parti di peringkat akhir – Ismail
RUU anti-lompat parti di peringkat akhir – Ismail
Penyediaan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas kini berada di peringkat akhir.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU itu akan dibawa ke Dewan Rakyat Julai ini.
“Tindakan melompat parti, terutama pasca pilihan raya umum ke-14 telah merencatkan proses demokrasi berperlembagaan di Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian perayaan jubli emas Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.
Pada 9 Jun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu akan dibentangkan 18 Julai.
Kata Wan Junaidi, tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan RUU itu.
Katanya, antara faktor yang dipertimbangkan adalah kos untuk melaksanakan Mesyuarat Khas bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mencecah kira-kira RM1,077,600.00, tidak termasuk kos operasi.
Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan turut meneliti RUU sumbangan politik bagi memantapkan integriti politik.
“Pengawalseliaan ini boleh meningkatkan ketelusan sumbangan politik di negara kita. Ini dapat mengurangkan risiko rasuah serta apa-apa penyalahgunaan kuasa yang berkaitan dengannya,” katanya. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
RUU anti-lompat parti di peringkat akhir – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex