Kerajaan kaji 147 undang-undang lapuk – PM

Kerajaan kaji 147 undang-undang lapuk – PM

Kerajaan sedang meneliti dan mengkaji undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang lapuk, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri untuk meneliti perkara itu.



“Transformasi undang-undang ini perlu dilakukan segera kerana keadaan telah berubah dan undang-undang juga perlu bergerak dan berubah mengikut keadaan semasa.

“Penambahbaikan ini juga akan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan perayaan jubli emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

Ismail turut memberi contoh dalam situasi teknologi digital kini, undang-undang sedia ada tidak relevan dan tertinggal ke belakang.

“Akta sedia ada, iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 misalnya, hanya melibatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan judi di premis, bukannya secara dalam talian,” katanya.



Ismail berkata, kerajaan turut mengambil beberapa langkah proaktif dalam memperkasakan undang-undang negara dengan pemansuhan hukuman mati mandatori yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

“Ramai yang keliru tentang pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan baru-baru ini, seolah-olah hukuman mati telah dihapuskan.

“Kerajaan tidak menghapuskan hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan yang lain,” katanya.

Katanya, langkah pemerkasaan itu perlu menjadi asas dan dasar kepada kerajaan dan pembuat polisi dalam hal berkaitan penghukuman suatu jenayah untuk mencari hukuman yang terbaik, setimpal dan berkesan.



Pada 10 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Perkara itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu. FMT

Kerajaan kaji 147 undang-undang lapuk – PM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker