Rogol pelajar berkumpulan, 3 lelaki dipenjara

Rogol pelajar berkumpulan, 3 lelaki dipenjara

Tiga lelaki dihantar ke penjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun, pada 2018.

Ahmad Moslem Haqqani Rosli, 23; dan Muhamad Amyrul Nazmy Rusdi, 25; masing-masing diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 20 tahun, manakala seorang lagi rakan mereka berusia 20 tahun (ketika kesalahan itu dilakukan berusia 17 tahun), diarah menjalani hukuman penjara 12 tahun.



Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hadhariah Syed Ismail, Lee Heng Cheong dan Nordin Hassan menolak rayuan mereka selepas mendapati rayuan mereka tidak mempunyai merit.

Pemuda itu masing-masing diikat jamin RM30,000 sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun berhampiran pantai Bachok, Kelantan, pada 3 pagi, 27 Mei 2018.

Mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen, pada 14 Mei 2019, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Tinggi, pada 3 Feb, tahun lalu.



Dalam keputusan mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, Hadhariah berkata, kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen tidak melakukan kekhilafan dalam keputusannya.

Peguam Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Asmadi Husin mewakili pemuda itu, manakala Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud dan Aida Khairuleen Azli hadir bagi pihak pendakwaan. FMT

Rogol pelajar berkumpulan, 3 lelaki dipenjara


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker