Paderi didakwa 17 pertuduhan rogol kanak-kanak
Paderi didakwa 17 pertuduhan rogol kanak-kanak
RAUB – Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub di sini atas 17 pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di beberapa lokasi di sekitar Bentong, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh seluruh badan dan kemaluan tanpa kerelaan mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan ketika itu di sebuah gereja di Bentong kira-kira pukul 2 petang, pada Disember 2019.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa pada Mei 2020 di sebuah rumah di Taman Anggerik Height di Bentong.
Manakala pertuduhan ketiga, tertuduh sekali lagi didakwa melakukan perbuatan yang sama termasuk memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada Jun 2020 di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height.
Kedua-kedua kesalahan ini dilakukan sekitar jam 4.30 petang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Dalam pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa melakukan perbuatan merogol terhadap mangsa berlanjutan sehingga 14 bulan dari Januari hingga Disember 2020, serta Januari hingga Febuari 2022 di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height di Bentong kira-kira pukul 4.30 petang.
Bagi kesalahan ini tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam, Lee Tee Kiat.
Anisah kemudian meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan sebagai wang jaminan terhadap tertuduh dengan syarat tambahan, tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, Tee Kiat memohon pihak mahkamah mengurangkan wang jaminan anak guamnya kerana amaun yang besar itu seolah-olah satu hukuman kepada tertuduh sebelum perbicaraan, dan tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Ahmad Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,500 iaitu RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah.
Mahkamah menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. K Online
Paderi didakwa 17 pertuduhan rogol kanak-kanak
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex
Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu