Pasar Datuk Keramat Terbakar Lagi Pagi Ini [VIDEO]

Pasar Datuk Keramat Terbakar Lagi Pagi Ini [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat, di sini, sekali lagi terlibat dalam kebakaran yang berlaku awal pagi, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.

“Seramai 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak, dan BBP Setapak bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota, api dalam keadaan sangat marak dengan kebakaran melibatkan deretan lot gerai dan anggaran kemusnahan 50 peratus.

“Api marak dengan besar disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

PGO JBPM Kuala Lumpur turut menyatakan kaedah pemadaman dilaksanakan secara ‘offensive firefigthing‘ dengan memasuki premis dan ‘defensive firefighting‘ iaitu pemadaman dari luar bangunan.

” Ini dapat mengelakkan kemusnahan yang lebih besar.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 2.11 pagi dan tiada mangsa terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 17 Mac 2021, lebih 40 gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.-AA

Pasar Datuk Keramat Terbakar Lagi Pagi Ini [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker