Rambut wanita ditarik ungka ketika cuba berswafoto [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan senario rambut seorang wanita ditarik oleh seekor ungka ketika cuba berswafoto di zoo. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan senario rambut seorang wanita ditarik oleh seekor ungka ketika dia cuba berswafoto, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Rakaman itu memaparkan seorang wanita berbaju merah dan putih berjalan bersendirian di sebuah zoo.

Dia kemudian berjalan ke arah kurungan seekor ungka berwarna hitam.

Wanita itu berdiri di hadapan kurungan itu lalu mengangkat telefonnya untuk berswafoto.

Namun, ungka bergerak menghampiri wanita itu lalu menarik rambutnya.

“Cerita lama berulang kembali,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Perakam video berkenaan yang pada awalnya ketawa kemudian panik melihat wanita itu berada dalam kesakitan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Orang yang merakam video lebih panik,” tulis seorang netizen.

“Dan ia berlaku sekali lagi, kisah lama berulang kembali,” komen netizen lain.

Sebelum ini, seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan semasa menghampiri kurungan haiwan tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker