Mulut Hadi lancang lagi
PAS menganggap pihak yang bertegas mahu menyegerakan pilihan raya umum (PRU) adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa, bukannya parti itu yang berpendapat ada hal lain yang perlu diutamakan.
“Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila… kita fikir panjang,” kata presidennya Abdul Hadi Awang yang ditemui media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.
Tambah Abdul Hadi dia sudah menyatakan berkali-kali bahawa ketika ini ada isu lain yang perlu diberi perhatian termasuk ancaman Covid-19 yang belum bebas sepenuhnya di negara ini.
Ahli parlimen Marang itu juga mengingatkan, beberapa pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini berlaku akibat tindakan Umno-BN yang mahu ia diadakan segera.
“Bukan kita (PAS). Kita masuk (sertai PRN) pun kerana terpaksa,” katanya lagi.
Terdahulu Abdul Hadi ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed yang menggelar PAS sebagai parti kemaruk kuasa.
Kata Nur Jazlan tindakan pemimpin PAS khususnya yang berjawatan dalam kerajaan sekarang enggan mengadakan PRU ke-15 segera berpunca daripada sikap mereka yang “kemaruk kuasa”.
Menurut bekas ahli parlimen Pulai itu lagi, alasan berkenaan adalah satu-satunya punca mengapa PAS menolak untuk mengadakan PRU.
Ditanya lebih lanjut, Abdul Hadi berkata, PAS memang tidak gila kuasa kerana parti itu sudah lama berada “di bawah” berbanding parti lain.
Sebaliknya tambah duta khas bertaraf menteri itu lagi pihak yang selalu berada di atas adalah pihak yang patut dianggap kemaruk kuasa.
Ditanya mengenai sikap PAS sama ada mereka bimbang atau tidak jika kalah dalam PRU akan datang, Abdul Hadi juga menafikannya.
“Kita (PAS) pernah kalah, selalu kalah. Yang menang jarang-jarang sekali.
“Yang susahnya orang yang selalu menang dan kalah sikit…” katanya sambil ketawa kecil.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET