Ini Sebab Mengapa Doktor Suruh Cabut Gigi Belakang Jika Sakit Sangat, Nak Makan Pun Susah!
Ini Sebab Mengapa Doktor Suruh Cabut Gigi Belakang Jika Sakit Sangat, Nak Makan Pun Susah!
PROSESÂ pertumbuhan gigi geraham bongsu adakalanya boleh menimbulkan masalah sehingga ia perlu dicabut malah dalam kes tertentu pembedahan kecil perlu dilakukan untuk mengeluarkan gigi tersebut.
Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang tumbuh di bahagian paling belakang gusi dan biasanya setiap orang akan memiliki empat gigi bongsu, masing-masing satu gigi di setiap sudut gusi.
Pertumbuhan gigi bongsu ini boleh menjadi masalah apabila ruang untuk ia tumbuh di bahagian belakang gusi tidak mencukupi atau sempit.
Jika dibiarkan, gigi bongsu boleh berlubang dan menyebabkan kesakitan berterusan.
Akibatnya, gigi yang tumbuh akan menjadi senget, tumbuh tidak sempurna dan menekan gigi geraham di hadapannya sehingga ia tenggelam di dalam gusi.
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang mengalami kesakitan ketika proses pertumbuhannya dan perlu dicabut.
Kenapa gigi bongsu perlu dicabut?
Sebenarnya, tidak semua gigi bongsu perlu dicabut kerana ada juga yang tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, doktor gigi biasanya akan menyarankan ia dicabut apabila melihat ia berpotensi menyebabkan komplikasi lain di kemudian hari.
Pemeriksaan dengan doktor gigi boleh menentukan sama ada gigi bongsu perlu dicabut atau pun tidak.
Ini kerana, gigi bongsu yang tumbuh senget atau menekan gigi di hadapannya boleh menyebabkan pengumpulan bakteria dan plak.
Akibatnya, berlakulah karies gigi, penyakit berkaitan gusi seperti jangkitan bakteria di dalam mulut dan kerongkong. Lama-kelamaan, gigi tersebut akan rosak dan menyebabkan kesakitan berterusan.
Atas sebab itu, doktor akan menyarankan ia dicabut sebelum ia rosak sehingga perlu melakukan pembedahan untuk mencabut gigi yang sudah tenggelam di dalam gusi.
Sebab lain mengapa gigi bongsu perlu dicabut adalah;
1. Menyebabkan rasa sakit dan berdenyut berterusan
2. Gigi berlubang dan menjadi tempat bersarang sisa makanan
3. Menyebabkan jangkitan kuman dan penyakit pada gusi (periodontal)
4. Ketika ia sakit dan berdenyut, gusi boleh membengkak
5. Pembentukan plak di sekitar gigi
Jika pertumbuhan gigi bongsu mula menunjukkan sesuatu yang tidak kena, sebaik-baiknya segara dapatkan nasihat doktor gigi sama ada ia perlu dibuang dan prosedur yang perlu dilakukan.
Ini Sebab Mengapa Doktor Suruh Cabut Gigi Belakang Jika Sakit Sangat, Nak Makan Pun Susah!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.