24 IPT Malaysia dalam penarafan ranking tahun ini – Noraini
24 IPT Malaysia dalam penarafan ranking tahun ini – Noraini
Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2023 edisi ke-19 yang dikeluarkan pada 9 Jun lalu buat pertama kalinya menyenaraikan 24 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dalam penarafan ranking pada tahun ini.
Penarafan kali ini merupakan satu pencapaian tertinggi negara dalam prestasi IPT, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.
Menurutnya, 10 universiti berjaya mengekalkan kestabilan setiap tahun, sembilan universiti telah berjaya memperbaiki kedudukan, tiga universiti telah mencatatkan penurunan dan dua universiti adalah penyertaan baharu.
Penilaian QS WUR adalah berdasarkan kepada enam petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar:pensyarah (20%), nisbah sitasi:pensyarah (20%), pensyarah antarabangsa (5%) dan pelajar antarabangsa (5%).
Sistem ranking ini menilai dalam tiga bidang utama iaitu impak penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan.
“Laporan QS WUR 2023 menunjukkan bahawa 12 daripada 24 universiti telah berjaya meningkatkan skor reputasi akademik (AR) berdasarkan kepada tinjauan 151,000 ahli akademik.
“12 daripada 24 universiti telah meningkatkan skor reputasi majikan (ER) berdasarkan kepada tinjauan 99,000 majikan dan pengurus pengambilan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Noraini, Universiti Malaya (UM) berjaya mengekalkan kedudukan 100 universiti teratas di dunia dengan berada pada kedudukan ke-70 meskipun turun lima anak tangga berbanding tahun 2022 (ke-65).
“Universiti awam (UA) dan universiti swasta lain turut menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dengan mengekalkan kedudukan 300 terbaik universiti di dunia,” ujarnya.
Berdasarkan laporan yang sama, Universiti Putra Malaysia (UPM) naik berada dalam kelompok 123 (2023) berbanding 143 (2022).
Universiti Kebangsaan (UKM) pula naik ke tangga 129 (2023) berbanding 144 (2022) manakala, Taylor’s University berada pada kedudukan ke-284 (2023) berbanding 332 (2022).
Dengan kesungguhan, perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan, Kementerian Pengajian Tinggi yakin dan percaya UA dan universiti swasta di Malaysia mampu untuk terus berdaya saing demi sebaris dengan universiti terkemuka dunia pada masa hadapan, katanya. MG
24 IPT Malaysia dalam penarafan ranking tahun ini – Noraini
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY
You must be logged in to post a comment.