UM terbaik di Malaysia, 70 terbaik dunia
UM terbaik di Malaysia, 70 terbaik dunia
Universiti Malaya (UM) terus mendahului institusi Malaysia lain dalam kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) 2023 dan mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik antarabangsa untuk tahun kelima berturut-turut.
Namun, Universiti Malaya (UM) jatuh lima anak tangga dan kini berada di tempat ke-70 dalam kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) 2023 dikeluarkan hari ini.
Antara indikator penilaian yang digunakan adalah reputasi akademik, reputasi majikan, petikan setiap fakulti, nisbah pelajar fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa dan hasil pekerjaan.
Sebanyak 24 institusi pengajian tinggi Malaysia tersenarai tahun ini, dengan kebanyakannya meningkatkan kedudukan mereka.
Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak dari 143 ke 123 manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak dari 144 ke 129.
Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) meningkat daripada 147 ke 143 tetapi Universiti Teknologi Malaysia jatuh daripada 191 kepada 203.
Sementara itu, Taylor’s University dinamakan universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut, menduduki tempat ke-284 keseluruhan daripada tempat ke-332 tahun lalu.
Universiti USCI naik daripada tempat ke-347 kepada tempat ke-284, dan Universiti Teknologi Petronas daripada tempat ke-414 kepada tempat ke-361. HM
UM terbaik di Malaysia, 70 terbaik dunia
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.