Thomas Partey peluk Islam, tukar nama Yakubu

Thomas Partey peluk Islam, tukar nama Yakubu

Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas pemain bola sepak Arsenal itu memeluk agama Islam.

Pemain berasal dari Ghana itu membesar sebagai Kristian tetapi hidup dalam kalangan orang Islam di negara asalnya. Dia memeluk Islam berikutan perkahwinannya dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi.



Bagaimanapun namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk Arsenal dan pemain 28 tahun itu akan mengekalkan nama Thomas di belakang jersinya.

“Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Saya sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu.

“Saya mempunyai wanita yang saya cintai, saya tahu kekasih-kekasih gelap akan meninggalkan saya, tetapi ia tidak akan menjadi masalah,” kata Yakubu berjenaka.

Pertengahan Mac lalu, tular gambarnya bersama seorang Sheikh di London di mana mereka sedang memegang kitab suci al-Quran.



Partey hanya beraksi 26 kali untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu akibat kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan hamstring ketika kekalahan 3-0 di Crystal Palace pada 4 April menyaksikan kempennya berakhir awal dengan The Gunners tercicir daripada saingan kelompok empat teratas kepada Tottenham Hotspur. BH

Thomas Partey peluk Islam, tukar nama Yakubu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker