Dania Akeel wanita Arab Saudi pertama miliki lesen motor berkelajuan tinggi

Dania Akeel wanita Arab Saudi pertama miliki lesen motor berkelajuan tinggi

Dania Akeel dari Arab Saudi bakal menjadi pelumba Arab wanita pertama yang memiliki lesen Speed Bikes Competition selepas membuat permohonan melalui Persatuan Motorsport Arab Saudi (SAMF).

Selepas menerima lesen tersebut, Dania mengumumkan penyertaan pertandingan pertamanya di UAE National SportsBike Super Series yang bakal berlangsung di Dubai Autodrome.

Dalam kejohanan itu dia akan menunggang Ducati 899.

“Saya sangat gembira dengan peluang ini dan berterima kasih kepada SAMF kerana memudahkan urusan saya dan memberi sokongan penuh dalam mendapatkan lesen.

“Terima kasih juga kepada Emirates Motorsport Organization (Emso) dan Furiosa Racing atas sokongan dan serta usaha mereka dalam membimbing saya melalui proses ini,” katanya.

Difahamkan, wanita itu telah menjalani latihan dengan pelumba profesional termasuk juara kebangsaan untuk mengasah kemahirannya selain mempelajari pelbagai teknik menjadi seorang pelumba berjaya.

UAE National SportsBike Super Series bakal menyaksikan penglibatan 15 pelumba untuk lima pusingan berturut-turut di Dubai Autodrome.

Pihak Berkuasa Sukan Umum (GSA) dan SAMF menyokong atlet Saudi melalui program khas yang diadakan untuk menarik dan mendedahkan kemahiran belia di negara itu selain membantu mengembangkan pengalaman mereka dalam pelbagai jenis sukan. Sinar

Dania Akeel wanita Arab Saudi pertama miliki lesen motor berkelajuan tinggi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker