Resepi Biscoff almond crunchy kayangan

Resepi Biscoff almond crunchy kayangan

Terbayang keenakan dan kerangupan biskut kayangan, Biscoff almond crunchy. Sesuai untuk dijadikan hidangan waktu tiba Aidilfitri nanti.

Terima kasih Nani Hamid II atas perkongsian resipi. Namun jika penyakit M melanda, boleh sahaja pesan di link ini.

“Biscoff almond crunchy, baru geget ja dah terbang ke langit habaq hampa. Uih.. kayangan bethol rasa dia, ranggup-rangup badam, wangi biscoff lagi satu.. tergeget ja crumble, terus nampak gelang emas.

Bahan :

500 gm Mentega

60 gm Shortening

300 gm Gula perang

2 biji Telur

1/2 cawan Minyak jagung

200 gm Biscoff spread

* putar sebati menggunakan volume perlahan

Campurkan :

100 gm Tepung jagung

150 gm Nestum kisar kasar

1 sb Emplek

1 sb Baking powder

1 sb Cream of tartar

1 sb Soda bikarbonat

60 gm Susu tepung (pilihan)

500 gm Tepung gandum

300 gm Badam nibs (sangai dulu bagi rangup)

200 gm Butterscotch coklat cip

250 gm Biscoff crumble

* Adun dan gaul sehingga rata.

Cara :

Ambil adunan dan jadikan doh sebesar 50 sen. Tekan dengan garfu untuk beri corak.
Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.
Selepas biskut masak, lorek biscoff spread di atasnya.
Dan taburkan crumble biscoff. Siap. Utv

Resepi Biscoff almond crunchy kayangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker