‘Bossku’ Popular Kerana Angin Perubahan Seperti Kembali Kepada BN – Najib
‘Bossku’ Popular Kerana Angin Perubahan Seperti Kembali Kepada BN – Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beranggapan populariti imej ‘Bossku’ yang beliau bawa adalah kerana rakyat dilihat kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Pekan yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu berkata, walaupun pandangan itu bersifat anecdotal, namun, beliau sendiri optimis angin perubahan itu sudah kembali berpihak kepada parti tersebut.
“Kalau tidak Bossku tak laku di grassroot? Kenapa disambut Bossku? Disambut Bossku kerana disambut Barisan Nasional. Saya nak keluar rumah pun rasa berat. Masa saya turun dekat mall tak ada orang nak ambil gambar.
“Tambah lagi, orang Cina dari jauh dia tengok hujung mata dekat saya, tapi Alhamdulilah mutakhir ini, saya takut turun ke pusat membeli-belah sebab saya tak dapat buat urusan saya. Sebab orang bersusun-susun nak ambil gambar,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, agar anggota dan pimpinan kanan parti tidak dibuai dengan kemenangan dalam siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri sebelum ini.
“Saya setuju dengan Tok Mat (Mohamad), jangan kita dibuai dengan kemenangan pilihan raya kecil. Saya teringat dulu sewaktu PRU-14 oh kita syok, pilihan raya kecil majoriti kita menang, kita menang di Teluk Intan, menang di Sungai Besar, menang di Kuala Kangsar… oh sedap kita.
“Akhirnya pilihan raya (umum) kita kalah. Tapi itu pengalaman kita, kita belajar dari segi pengalaman. Insya-Allah, kita tidak akan mengulangi kesilapan kita pada kali ini,” tegasnya lagi.
Najib berkata, jika BN mahu kembali memenangi pilihan raya umum yang akan datang, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu persediaan dan jangan sesekali memandang rendah kepada musuh politik mereka.
“Jangan kita pandang enteng pada parti yang mencabar kita. Kalau kita merasakan bahawa kita tak kebal, tidak ada kekebalan dalam politik dan kita buat strategi yang kena. Saya optimis Insya-Allah BN akan menang,” katanya lagi.-AA
‘Bossku’ Popular Kerana Angin Perubahan Seperti Kembali Kepada BN – Najib
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin