1,469 kes baharu Covid-19, tiga kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 1,469 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,481,278 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, sebanyak tiga kes adalah kes import.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan tiga kematian baharu termasuk dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).



Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,623 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 30,509 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 29,271 atau 95.9 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,182 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 36 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 19 kes lagi memerlukan mesin ventilator.



Sementara itu, sejumlah 1,836 kes sembuh turut direkodkan pada Selasa dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,415,146 kes.

1,469 kes baharu Covid-19, tiga kematian

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker