Jumpa patung berisi bekas abu mayat di kedai barang terpakai, ibu mengucap panjang..

Seorang wanita berkongsi detik seram apabila terjumpa satu patung beruang yang berisi bekas abu mayat kanak-kanak di sebuah kedai barang terpakai terkenal.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Fathia Omma Faisal berkata, patung beruang bersaiz besar itu dijumpai anaknya.

Bagaimanapun, dia berasa tidak sedap hati apabila melihat ada sulaman tulisan dalam bahasa Jepun di kedua-dua belah kaki patung tersebut yang dijual pada harga RM20.

“Anak kita kata sedap peluk beruangnya, gebu berat. Tapi tak sedap hati tengok tulisan kat kaki. Kepala dia boleh pusing buka tempat masuk balang abut kot,” katanya.

Kata wanita itu lagi, dia cuba menggoncang patung beruang tersebut dan mendengar terdapat sebuah botol kaca di dalam patung itu.

Sementara itu, terjemahan sulaman itu bermaksud ‘Shiori Ogos 2009, 43.5cm. Terima kasih kerana dilahirkan. Mari kita teruskan hidup bahagia selamanya’.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa membeli barangan di kedai barang terpakai.

“Macam manalah keluarga dia boleh terbuang benda ini ya. Agaknya mereka mesti tengah mencari patung ini,” kata Fendi.

“Sebab itu beli barang terpakai kena berhati-hati, kita tak tahu siapa pemiliknya dan sejarah barang tersebut,” kata Along.

“Pernah juga lalui pengalaman seram beli barang terpakai. Beli patung mainan, malam itu anak menangis seperti ketakutan. Bila buang patung itu baru dia senyap,” kongsi Daniel.

“Kena laporkan pada pihak kedai supaya lebih berhati-hati jual barang. Nak jual barangan Jepun kena faham bahasa mereka,” pesan Man.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker