Pas Negeri Sembilan tetap pertahan MN, PN

SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan UMNO negeri ini menerusi Muafakat Nasional (MN) dan mempertahkan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, ia selari dengan keputusan pimpinan Pas Pusat walaupun timbul pelbagai polemik mengenainya.

“Sesuai dengan pegangan Pas iaitu untuk membawa parti yang majoriti Melayu ini bersama berada dalam satu pakatan supaya kita mempunyai kekuatan berhadapan dengan Pakatan Harapan(PH).



“Kita percaya jika berlaku perpecahan dalam kalangan parti Melayu, ia tidak akan beri kemenangan kepada kita,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook Penerangan Pas Negeri Sembilan pada Ahad.

‘Kalau harapkan DAP, dah lama saya jatuh’ – MB Negeri Sembilan

Sehubungan itu beliau menasihatkan ahli parti itu khususnya di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai pandangan di media sosial.



Rafiei juga meminta semua ahli merujuk pimpinan Pas terutama Pusat jika ada sebarang kekeliruan atau tidak puas hati.

“Anggaplah komen di media sosial seperti Facebook dan Twitter itu sebagai pandangan peribadi masing-masing. Setiap orang boleh meluahkan apa saja kerana kadang-kadang ada yang mempunyai agenda tersendiri, itu kita tak tahu.

“Kita sudah menjalinkan hubungan baik dengan UMNO. Jangan terlalu terpengaruh sehingga boleh menjadikan kita resah dan bimbang. Banyak bertenang,” katanya.

Perkukuh Muafakat Nasional, pertahan kerajaan PN, PAS senada dengan Umno



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker