Pertembungan UMNO, Pas dan Bersatu Rugikan Umat Islam

SHAH ALAM – Pertembungan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan hanya akan merugikan parti tetapi kepada umat Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketiga-tiga parti utama bagi Melayu dan Islam itu wajib duduk semeja membentangkan formula penyatuan serta berunding sekiranya agihan kerusi menjadi pertikaian.

“Sangatlah rugi UMNO yang mewakili kelompok besar pengundi Melayu ini diketepikan begitu sahaja dan juga rugi PPBM yang mempunyai kedudukan di puncak kuasa tidak disertakan bersama dalam pakatan ini.

“Berunding. Hentikan api pertembungan. Jika pertikaian kerusi menjadi punca, bertolak ansurlah.

“Ada yang kita dapat, dan tentunya ada yang kita perlu lepaskan. Takkanlah kerana kerusi yang terlepas, kita tergamak tiupkan gendang perang?,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, tindakan menyalahkan UMNO dan meminta Pas untuk melupakan terus hubungan dengan UMNO merupakan keputusan tidak adil bagi parti.

“Ramai yang secara tidak bersembunyi lagi mahu UMNO dan Pas bertembung sekali lagi dalam PRU yang akan datang

Tiada pertembungan PAS, UMNO, BERSATU di Kedah, Saya yakin – MB Kedah

“Walau bagaimanapun, tidak adil untuk menghukum UMNO secara keseluruhannya hanya kerana pandangan beberapa orang pemimpinnya yang kelihatan cenderung untuk berlakunya tiga penjuru sekali lagi dalam PRU yang akan datang.

“Hakikatnya, ramai pemimpin UMNO termasuklah ahli Parlimen dan jentera di peringkat cawangan dan bahagian menyedari realiti betapa ruginya umat Islam (dan tentunya Melayu) jika pertembungan tidak dapat dielakkan sesama sendiri nanti,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial petikan ringkas ucapan Asyraf Wajdi dalam talian ketika bersama sukarelawan Skuad Sabil dan Pemuda UMNO Terengganu sempena Majlis Amanat 500 jam Sanitasi Awam Pemuda UMNO Malaysia pada Jumaat.

Ucapan itu didakwa seolah-olah menunjukkan beliau menyokong UMNO Terengganu menentang Pas dalam PRU15.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker