Pahang bakal menjadi hab pengeluar caravan rantau Asia

Pahang bakal menjadi hab pengeluar caravan rantau Asia

KUANTAN – Pahang melakar sejarah automotif negara apabila bakal membangunkan industri pembuatan caravan di rantau Asia setelah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Caravaning Industry Association (CIVD) di Jerman pada 14 Mei lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui persefaham tersbut, ia dijangka mampu menarik pelaburan mencecah RM500 juta kepada negeri itu.

“CIDV merupakan organisasi terkemuka mengumpulkan semua pengusaha pembuat caravan di Jerman. MoU ini yang dimeterai di Pejabat CIVD di Frankfurt, Jerman pada 14 Mei 2022 merangkumi pelaksanaan pembinaan taman caravan, pusat pemasangan caravan, eko-sistem pembuatan caravan serta pusat bekalan caravan untuk pasaran Asia Pasifik dan Australia

“Jika direalisasikan mampu menarik pelaburan berjumlah RM500 juta sekurang kurangnya daripada CIVD dan dijangka projeknya mula dilaksanakan pada penghujung tahun ini,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Jelas Wan Rosdy, Pahang akan memberi komitmen sepenuhnya bagi membangunkan industri caravan dan taman caravan akan beroperasi di lokasi strategik yang akan dikenalpasti kemudian.

Pahang juga berkeyakinan penuh negeri itu mampu dijadikan hab pengeluaran caravan terkemuka di rantau ini.

Tambahnya, Pahang sememangnya terkenal dengan industri pemasangan kereta jenama terkemuka dunia seperti Mercedes, Volkwagen, dan Isuzu di Taman Perindustrian Automotif, Pekan.

“Kerjasama strategik ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada pihak East Coast Economic Region (ECER). Sesungguhnya, MoU ini merupakan titik penting bagi Pahang dan Jerman untuk memperkukuh kerjasama ekonomi khususnya membangunkan industri caravan yang berdaya saing di rantau ini,” katanya.

Ia sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik dan kompetitif untuk warga tempatan.

Beliau berharap persefahaman tersebut dapat direalisasikan bagi membangunkan industri baru di Pahang serta meningkatkan pelaburan asing ke negeri ini. MG

Pahang bakal menjadi hab pengeluar caravan rantau Asia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker