Menantu Bengang Mentua Melantak Kek Perkahwinan Mereka Sampai Habis

Menantu Bengang Mentua Melantak Kek Perkahwinan Mereka Sampai Habis

GARA-GARA kek perkahwinan, seorang wanita yang juga pengantin baharu naik berang terhadap mentuanya.

Menerusi perkongsiannya di laman Reddit, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, berang selepas kek perkahwinan yang disimpan, dimakan oleh ibu dan bapa mentuanya ketika dia dan suaminya berbulan madu



Ujar wanita tersebut, dia tidak memahami mengapa mentuanya tidak sensitif tentang perkara berkenaan dan cuba meminta nasihat daripada netizen di Reddit.

“Saya dan suami memutuskan untuk menghidangkan kek cawan kepada tetamu pada majlis perkahwinan kami dan bercadang menyimpan sedikit kek itu sehingga ulang tahun pertama perkahwinan kami nanti.

“Kami tidak mempunyai bajet yang besar, jadi kami berbulan madu selama empat hari sahaja dan mentua saya meminta izin untuk tinggal di rumah kami selama dua hari.

“Namun apabila saya dan suami balik daripada berbulan madu, alangkah kecewanya apabila kek itu sudah habis dimakan.



Kek tersebut tidak mahal, cuma kami sudah menyatakan kepada mereka, kami mahu menyimpannya.

“Ketika ditanya, mentua saya memberi alasan kek yang disimpan selama setahun adalah menjijikkan dan mereka menyuruh kami membeli kek lain.

Saya amat sedih kerana ini merosakkan tradisi yang kami mahu lakukan,” katanya.

Kisah wanita itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya berasakan wanita itu berhak untuk berasa marah.



“Awak membenarkan mereka tinggal di rumah awak sementara awak berbulan madu dan mereka makan sesuatu yang awak mahu simpan,” kata salah seorang pengguna Reddit.

“Suruh suami awak memberitahu ibu bapanya, sehingga mereka pergi ke kedai yang membuat kek berkenaan dan membeli semula replika kek itu, mereka tidak dibenarkan datang ke rumah atau kehidupan awak,” ujar seorang lagi pengguna Reddit.— Mirror

Menantu Bengang Mentua Melantak Kek Perkahwinan Mereka Sampai Habis


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan



Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker