Kerusi Bagan Serai milik Wan Ahmad Fayhsal, Noor Azmi atau PAS?
BAGAN SERAI – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui, kerusi Parlimen Bagan Serai dalam senarai pilihannya untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut beliau, usaha menyantuni dan mendekati pengundi di kawasan berkenaan telah aktif digerakkan sejak dua tahun lalu termasuk memberikan bantuan semasa pandemik Covid-19 dan banjir.
“Bagan Serai ini kampung ibu saya dan dari segi kecenderungan serta fokus saya, memang Bagan Serai dalam senarainya dan kalau-kalau diberi ruang jadi calon di sini, saya tiada aral melintang untuk berkhidmat.
“Sebagai Ketua Pemuda Bersatu Nasional, saya berhak bertanding di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia, semua kerusi Parlimen boleh bertanding kalau parti izinkan,” katanya kepada pemberita sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Simpat Ampat Semanggol pada Sabtu.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu bagaimanapun menjelaskan, pembahagian kerusi dan calon masih dalam peringkat perbincangan Perikatan Nasional (PN) bersama rakan komponen termasuk Pas.
Katanya, sebelum ini terdapat desakan kepada PN agar kerusi berkenaan diserahkan kepada Pas dan pihaknya menghormati pandangan serta pendirian tersebut.
“Saya mengiktiraf kekuatan Pas di Bagan Serai kerana parti itu sudah mempunyai satu blok undi yang kukuh setiap kali pilihan raya.
“Begitupun saya rasa Bersatu pun ada kelebihan sendiri yang boleh dimanfaatkan bersama Pas selaku rakan komponen dengan menawarkan calon dalam kalangan anak muda berpendidikan tinggi dan memahami suasana silang budaya masyarakat di sini.
“Mungkin jika ada calon sebegini sama ada di peringkat Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri), Bagan Serai boleh jadi satu kawasan yang melahirkan pemimpin nasional,” katanya.
Pada Mac lalu, Pemuda Pas Kawasan Bagan Serai menerusi satu memorandum mendesak PN memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU15.
Tuntutan itu berasaskan fakta-fakta kukuh kerana antaranya Pas kawasan mempunyai bilangan jentera, cawangan yang lebih kuat dan banyak berbanding parti gabungan lain.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu