15 pemimpin, ahli PAS Besut sertai UMNO

15 pemimpin, ahli PAS Besut sertai UMNO

JERTIH: Sekumpulan 15 pemimpin dan ahli peringkat cawangan dalam PAS Bahagian Besut memutuskan untuk meninggalkan parti itu hari ini dan menyertai UMNO.

Kumpulan diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Gong Kulim, Aziz Bidin itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad dalam satu program anjuran Barisan Nasional (BN) di Kampung Gong Kulim, di sini.

Aziz ketika ditemui mendakwa keputusan meninggalkan PAS disebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu termasuk tindakan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Kami kecewa apabila pimpinan tertinggi PAS sanggup mengenepikan UMNO melalui gabungan Muafakat Nasional (MN) dan mengutamakan BERSATU dalam PN.

“Kami tidak dipaksa sesiapa dan tidak menerima sebarang imbuhan kerana menyertai UMNO,” katanya ketika berucap mewakili kumpulan terbabit.

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO oleh kumpulan 15 bekas pemimpin dan ahli PAS itu turut disaksikan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Sementara itu, Aziz turut mengesahkan ramai lagi pemimpin dan ahli PAS akan menyertai UMNO dan penyerahan borang keahlian akan diadakan secara berperingkat.

“Mereka yang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO adalah kalangan pemimpin dan ahli jawatankuasa di peringkat cawangan.

“Ahli keluarga dan lebih 500 pemimpin serta jawatankuasa PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Hulu Besut, Jabi dan Kuala Besut akan turut menyertai UMNO selepas kecewa dengan pimpinan parti itu,” katanya.

Sementara itu, Nawi berkata UMNO sentiasa membuka pintu kepada semua ahli parti lain termasuk BERSATU dan PAS untuk menyertai parti itu.

“Kita tidak menjanjikan imbuhan kepada ahli parti lain untuk menyertai UMNO, sebaliknya penyertaan mereka sukarela selepas kecewa dengan sikap pimpinan parti itu,” katanya. BH

15 pemimpin, ahli PAS Besut sertai UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker