Hari UMNO Ke 76 Tahun: Sejarah Bakal Tercatat Parti UMNO Pinda Perlembagaan Esok

Hari UMNO Ke 76 Tahun: Sejarah Bakal Tercatat Parti UMNO Pinda Perlembagaan Esok

Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pindaan perlembangaan itu akan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini yang dihadiri lebih 2,000 perwakilan.



Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan berkata perhimpunan pada 2 petang itu akan dimulakan dengan ucapan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia kemudian disusuli pembentangan usul pindaan perlembangaan parti oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ia diserahkan kepada para perwakilan untuk diputuskan namun tiada sebarang perbahasan akan diadakan.

“Selepas itu, presiden parti akan menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning bersama-sama kepimpinan yang lain sempena sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-76 sebelum kemudian menghadiri sambutan Hari Raya UMNO di Dewan Tun Razak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan tersebut akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Dis 2022.



Bagaimanapun, Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lepas bersetuju agar pemilihan parti ditangguhkan sehingga enam bulan selepas PRU15 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya itu.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan semasa ucapan penggulungan pada perhimpunan itu berkata pihaknya bimbang akan berlaku perpecahan sekiranya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15.

Selasa lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata parti itu akan mengemukakan cadangan tarikh mengadakan pemilihan parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), 17 Mei ini.– BERNAMA

Hari UMNO Ke 76 Tahun: Sejarah Bakal Tercatat Parti UMNO Pinda Perlembagaan Esok



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker