Bekas tentera puas hati berjaya baling kasut ke arah Perdana Menteri

Bekas tentera puas hati berjaya baling kasut ke arah Perdana Menteri

WASHINGTON – Seorang bekas tentera Kemboja berpuas hati selepas berjaya membaling kasut ke arah Perdana Menteri Hun Sen di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Hun Sen ketika itu melawat ibu negara AS buat pertama kali ketika menghadiri kemuncak Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS).

Kasut itu sebenarnya tidak mengenai tepat pada badan Hun Sen tetapi bekas tentera itu, Ouk Touch, 72, tetap berbangga dengan percubaannya.

“Saya berasa sangat lega dan dapat tidur dengan lena selepas membaling kasut ke arah kepala Hun Sen. Sudah lama saya ingin melakukannya kerana mahu dia dimalukan, tidak lebih dari itu.

“Saya hanya membaling kasut tetapi Hun Sen telah membaling bom tangan ke arah rakyat Kemboja yang melakukan tunjuk perasaan secara aman. Hun Sen adalah diktator dan dia telah membunuh ramai orang termasuk saudara mara saya,’’ kata Ouk.

Pada 1997, Hun Sen telah melakukan serangan bersenjata ke atas rakan gabungan politik yang dipilih. Serangan itu membantunya untuk terus berkuasa selepas gagal memenangi pilihan raya.

Seramai 16 orang terbunuh dalam serangan itu dan 150 orang lagi cedera. Tiada siapa yang pernah bertanggungjawab atas serangan itu. K Online

Bekas tentera puas hati berjaya baling kasut ke arah Perdana Menteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker