Babak terlajak mesra Fasha Sandha, Wan Raja dikecam

Babak terlajak mesra Fasha Sandha, Wan Raja dikecam

Aksi bermanja aktres berkaliber, Fasha Sandha bersama pelakon Wan Raja dikecam netizen sewaktu mereka menjayakan penggambaran sebuah drama berjudul Malang Si Puteri.

Menerusi video di sebalik tabir yang dimuat naik Fasha dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi beberapa adegan romantik apabila dipeluk dan didukung oleh Wan Raja yang memegang watak sebagai hero dalam drama tersebut.

“Tiada yang bertahan selamanya. Lakukan yang terbaik selagi kita punya masa,” tulis Fasha sambil berkongsi nama wataknya sebagai Suhaila atau Puteri disamping Wan Raja yang memegang peranan sebagai Arman.

Walaupun hanya sekadar lakonan, adegan penuh romantik kedua-dua pelakon hebat itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila berpendapat babak sebegitu tidak sesuai untuk dipamerkan oleh kedua-duanya kerana masing-masing sudah pun berstatus isteri dan suami orang.

Malah, netizen juga tertanya-tanya penerimaan dan perasaan suami kepada Fasha iaitu pelakon, Aidil Aziz apabila melihat isterinya didukung dan dipeluk oleh lelaki lain.

“Suami tak cemburu ke? Kita pula segan tengok,” komen seorang pengguna Instagram.

“Cemburu nombor dua. Tak fikir ke halal haram? Dua-dua suami dengan isteri orang. Untung bagi laki orang pegang free of charges (percuma). Dunia akhir zaman,” tegur seorang lagi netizen.

“Kalau tak ada aksi dukung-dukung, peluk-peluk, watak tak menjadi ke?” soal seorang pengikutnya.

Difahamkan drama Malang Si Puteri yang diterbitkan oleh rumah produksi Radius One diarahkan oleh pengarah, Uchee Fukada yang bakal ditayang di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Sebelum ini, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan pernah menimbulkan rasa kurang senang peminatnya selepas berkongsi video berkasih sayang bersama suaminya juga pelakon, Aidil Aziz di dalam kolam renang.

Pengikutnya dalam media sosial menganggap konten sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum, selain menyifatkan Fasha tidak sensitif dan semakin melampau.

Dek kerana perkongsian itu juga, ada segelintir pengikutnya dalam Instagram mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun media sosial pelakon itu lagi (unfollow).

Bagaimanapun, Fasha mendedahkan akaun Instagramnya meraih 25,000 pengikut baharu selepas video berendam dalam jakuzi bersama suami, tular dan dikecam ramai. K Online

Babak terlajak mesra Fasha Sandha, Wan Raja dikecam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker