Tambat semula nilai ringgit kepada USD – Mahathir

Tambat semula nilai ringgit kepada USD – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar nilai ringgit sekali lagi ditetapkan pada RM3.80 kepada 1 dolar Amerika (USD), dasar kontroversi yang diperkenalkan bekas perdana menteri itu lebih 20 tahun lalu bagi mengelakkan krisis kewangan Asia.

Melihat kejatuhan ringgit berbanding dolar baru-baru ini, Mahathir berkata ia turun naik kerana nilainya tidak tetap dan dijamin oleh kerajaan.



“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dollar AS dan kita jamin bekalan dollar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk satu dollar AS, maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik.

“Peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai ringgit dengan menjual ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir menceritakan bagaimana ini juga menjadi isu, semasa krisis kewangan Asia 1997-98, apabila nilai ringgit jatuh kerana spekulasi oleh peniaga mata wang.

Beliau menetapkan nilai ringgit pada RM3.80 kepada 1 USD pada 1998 selepas menyalahkan spekulator atas kejatuhan mata wang Asia, yang membawa kepada krisis kewangan di seluruh rantau ini.



Mahathir menyatakan bahawa walaupun tindakannya itu pada mulanya dikritik, institusi kewangan seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa yang kemudiannya mengakui bahawa dasar itu menghentikan turun naik nilai ringgit dan membantu memulihkan kewangan negara. FMT

Tambat semula nilai ringgit kepada USD – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga



Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker