Demi penyatuan Ummah, PAS sudah boleh bubar – Ahmad Maslan



Demi penyatuan Ummah, PAS sudah boleh bubar – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO turut membawa wadah perjuangan Islam.

Katanya, UMNO sudah menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan sudah meminda perlembagaan parti pada 2019 dengan meletakkan agenda mempertahan dan mendokong cita-cita agama Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya mendokong perjuangan kebangsaan Melayu.

“Fasal 3.1 (Perlembagaan UMNO), sebelum ini (diletakkan dalam) Fasal 3.3, tapi sekarang sudah dinaikkan ke Fasal 3.1, iaitu menegak dan mempertahan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya ingin menyeru kepada PAS, bubarkanlah PAS, itu mesej penting, sampaikan kepada rakan, ramai orang Kelantan di sini, PAS utamanya di Kelantan. Baru-baru ini mereka mahu berbaik dengan kita, kita rasa elok bubar, tengok perlembagaan UMNO,” katanya.




Pada program Wacana Aspirasi UMNO (WAU) – ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ yang disiarkan menerusi Facebook Live UMNO Online hari ini, beliau berkata, dakwaan oleh bekas pemimpin utama PAS dulu bahawa UMNO bukan parti memperjuang agenda Islam, kini sudah meleset.

“Dengar betul-betul, asas dan tujuan UMNO sudah dipinda. UMNO adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam. Sebelum ini tidak diletak dalam asas dan tujuannya (dalam perlembagaan UMNO), sekarang sudah ada.

“Sebelum ini UMNO, sebuah parti politik yang mendokong perjuangan kebangsaan Melayu, itu yang pertama.

“Sekarang yang pertama, UMNO adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, anak negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Melayu dan kemakmuran serta kestabilan negara. Itu asas perjuangan UMNO yang kita sudah pinda 2019,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, UMNO perlu meneruskan usaha untuk sentiasa mendahulukan dan meletakkan kepentingan rakyat di depan, khususnya dalam setiap dasar yang dirangka.




Beliau berkata, UMNO perlu berjuang memastikan rakyat terus diberi peluang mendapat pendidikan tinggi dan diberi latihan kemahiran tinggi, bantuan peluang perniagaan dan pekerjaan serta perumahan dan kebajikan.

hati. Orang tuduh PAS macam-macam kerana ada dalam MN dan bersama Pakatan Nasional (PN). Jadi apa masalah PAS ada dalam PN dan MN?

“PAS juga memikirkan kepentingan ummah kerana mahu halang Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. Mengikut pengalaman sebelum ini, sudah perit 22 bulan dengan PH,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula sebelum ini menegaskan parti itu akan memuktamadkan kedudukan dalam MN yang dibina bersama PAS selepas menerima pandangan pimpinan parti di semua peringkat.

Katanya lagi, buat masa ini kenyataan berhubung status UMNO dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu hanya sekadar pandangan individu.




Mohd Amar berkata, UMNO Selangor sudah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan PAS dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu keputusan kerjasama antara kedua-dua parti untuk menghadapi PRU-15 dibincangkan pada peringkat kepemimpinan tertinggi parti.

“Kenyataan presiden dan timbalan presiden (UMNO) tidak sekata dan nampak celaru. Jadi kita nak pakai (kenyataan) siapa? Lebih baik bincang dahulu dengan parti,” katanya. BH

Demi penyatuan Ummah, PAS sudah boleh bubar – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Leave a Reply

Your email address will not be published.