Baby Shima terima ugutan bunuh

Baby Shima terima ugutan bunuh

Baby Shima terima ugutan bunuh
Baby Shima terima ugutan bunuh

 

Penyanyi Baby Shima mendedahkan pernah menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali namun mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

Baby Shima atau pemilik nama penuh, Nor Ashima Ramli menjelaskan insiden pelakon Kamal Adli diserang sehingga cedera baru-baru ini, menjadikan Baby Shima lebih berhati-hati dalam setiap pergerakannya.

“Saya sudah terbiasa dimarahi dan dimaki oleh segelintir masyarakat tanpa sebab, jadi saya maklum bukan semua orang menyukai kita. Jadi, saya sudah bersedia dengan kemungkinan itu.

“Biarpun pernah menerima ugutan bunuh dan sebagainya, namun saya enggan terlalu ambil serius mengenai perkara itu. Jika tidak bagaimana saya hendak mencari rezeki seandainya terlalu takut kan?

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan lebih berhati-hati jika ke mana-mana. Insya Allah, tidaklah sehingga ada yang ingin ke tahap ingin mencederakan saya,” katanya kepada Harian Metro.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah berdoa untuk 18 April ini


Baby Shima berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Buka Puasa dan Pelancaran Jelajah Marilah Pulang Floor 88 dan Xeno Entertaiment baru-baru ini.

Baby Shima menjayakan lagu Pulang Beraya bersama Nanasheme, Asad Motawh, Alyssa Dezek dan Amir Jahari.

Sering terpalit kontroversi, Baby Shima mengakui tindakannya sering kali disalah ertikan oleh segelintir pihak. HM

Zulin berpisah demi konten?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker