Hukum beri duit raya adalah harus



Hukum beri duit raya adalah harus

Hukum pemberian duit raya kepada kaum keluarga dan jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah harus.

Ini bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim serta budaya kunjung mengunjung.

Demikian pandangan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang merujuk semula penjelasan isu semasa dalam slot Al-Kafi li al-Fatawi yang disiarkan laman sesawang rasminya pada Jun 2017.

Perkara tersebut diperjelaskan semula menerusi perkongsian di Facebook rasmi agensi tersebut pada Khamis.




Ia bagi menjawab persoalan tentang hukum memberi duit raya sama ada terdapat unsur tasyabbuh dengan budaya memberi angpau oleh masyarakat Cina.

Menurut PMWP, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat dan kanak-kanak adalah menepati perbuatan sedekah dalam Islam.

Turut dijelaskan, amalan tersebut menghasilkan tiga bentuk pahala iaitu pahala berbuat baik kepada kedua ibu bapa, pahala mengeratkan silaturahim dan pahala bersedekah.

Bagaimanapun, pemberian duit raya yang diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar.

Bahkan, golongan yang menerimanya juga perlulah bersyukur dengan kadar yang diterima dan tidak diungkit-ungkit. Sebaliknya bersyukur dan mendoakan kebaikan untuk pemberi.




Selain itu, pemberian duit raya juga hendaklah diutamakan pemberian kepada golongan fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan.

Ini kerana, asnaf untuk sedekah yang wajib iaitu zakat, adalah merupakan asnaf yang sama untuk kita beri keutamaan semasa memberikan sedekah sunat. Sinar

Hukum beri duit raya adalah harus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Leave a Reply

Your email address will not be published.