Garis panduan sekolah 4.0, Ini kenyataan Menteri
PUTRAJAYA: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 akan dibentangkan selepas pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan pada Rabu ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sejurus selepas pengumuman itu, Kementerian Pendidikan akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan sebelum garis panduan baharu tersebut diumumkan.
“Kita tahu bahawa ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas. Insya-Allah kita sudah buka sedikit demi sedikit cuma kita mengambil pendekatan lebih cermat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Menteri Kanan Pendidikan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kelonggaran beberapa SOP Covid-19 yang akal diumumkan Rabu ini bersifat selamat serta cermat dan kerajaan tidak mahu tersilap langkah.
Mengulas lanjut, Radzi memberitahu, pembukaan sekolah pada kali ini dilakukan dengan niat untuk tidak lagi menutupnya justeru, ia perlu dijalankan dengan lebih cermat.
“Biar lambat asalkan selamat sebab bila kita buka nanti insya-Allah kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi,” katanya.
Berhubung isu guru bersara awal, Radzi berkata, kementerian sedang meneliti isu tersebut dan akan memberi penjelasan sewajarnya pada masa akan datang selain secara umumnya, data-data dari 2017 sehingga hari ini menunjukkan jumlah guru bersara awal tidak banyak berubah.
“Sebab ada yang berkata puncanya sebab tekanan selepas Covid-19, banyak bebanan tugas kerja, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan sebagainya. Jadi kita sedang cuba memahami apakah punca menyebabkan guru-guru mengambil keputusan bersara awal. Semua keputusan dibuat dengan penelitian,” katany
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
- ‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
- Saiful Bukhari keluar Bersatu
- Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
- Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
- Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
- Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
- Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
- Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
- ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
- Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
- Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis