Najib cabar Guan Eng lapor polis

Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan RM19 bilion wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) ‘dirompak’ Barisan Nasional (BN).

Najib berkata, di sebalik tuduhan dibuat di Parlimen yang mana Pakatan Harapan mempunyai kekebalan atau imuniti, Guan Eng sepatutnya secara peribadi membuat laporan polis dengan menyatakan secara jelas BN telah merompak dana cukai input GST sebanyak RM19 bilion.

“Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN.

“Ini adalah sebab sebenar mengapa banyak janji manifesto Pakatan Harapan kekal tidak ditunaikan dan mengapa program bantuan kepada golongan memerlukan akan dipotong manakala kenaikan gaji kakitangan awam dibekukan, dan bukanlah kerana tuduhan ciptaan mereka kononnya hutang negara adalah RM1 trilion atau BN ‘merompak RM19 bilion daripada dana tuntutan GST’,” katanya dalam Facebook, malam ini. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker