Turkiye tawar penyelesaian ketika PBB didakwa gagal

Turkiye tawar penyelesaian ketika PBB didakwa gagal

ANKARA: Badan antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menyelesaikan isu global malah memburukkan lagi keadaan, menurut Ketua Direktorat Komunikasi Turkiye.

Dalam artikel ditulis untuk majalah Sepanyol Atalayar pada Sabtu, Fahrettin Altun, berkata adalah jelas organisasi antarabangsa mesti ditubuhkan berdasarkan abad dan era baharu.

Dalam artikel bertajuk ‘Erdogan’s Turkiye offers solutions where the UN has failed’, Altun menekankan Ankara sedang bersedia untuk “multidimensi” dan “multi-actor” yang baharu selaras pernyataan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menyebut “Dunia adalah lebih besar daripada lima,” merujuk kepada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB: Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Perancis, Russia dan China.

Untuk menyelesaikan masalah global dan serantau, Turkiye menggunakan saluran kemanusiaan dan diplomatik dengan berkesan, serta instrumen moden interaksi antara negara, seperti diplomasi awam, kata Altun.

“Dengan kejayaan yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Turkiye dihormati dalam keseimbangan antarabangsa dan berjaya memenuhi peranannya sebagai pemain utama dalam isu serantau, terutamanya di Asia Barat dan Caucasus,” katanya.

Mengenai konflik Israel-Palestin, beliau berkata “pendirian politik berorientasikan penyelesaian” yang diperjuangkan di bawah kepemimpinan Erdogan, yang menekankan aspek kemanusiaan dalam isu itu, menunjukkan fakta ini.

“Seperti yang ditunjukkan oleh Ukraine, Karabakh dan isu serantau yang lain, ketika Republik (Turkiye) memasuki abad kedua, Turkiye telah menjadi pemain utama dan negara terkemuka di rantaunya,” kata Altun. BH

Turkiye tawar penyelesaian ketika PBB didakwa gagal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker