Syafiq nikahi pengurus

Syafiq nikahi pengurus

Penyanyi Syafiq Farhain, 28, mengesahkannya sudah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya.

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi legenda, Allahyarham Saleem itu enggan mendedahkan tarikh pernikahannya.



Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim berkata, dia tidak pernah merahsiakan berita pernikahannya.

“Saya tidak berniat menyorokkan berita pernikahan. Saya juga tiada beza dengan orang lain, siapa yang tahu, tahulah.

“Jika ada datang berjumpa dan bertanya, benarkah saya sudah berkahwin, saya akan jawab dengan jujur,” katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music.

Penyanyi lagu Sakit Hati itu hadir dengan ditemani isteri.



Mengenai lokasi pernikahan, Syafiq berkata, majlis berlangsung di negeri kelahirannya di Terengganu.

Ditanya siapakah wanita bertuah yang menjadi pilihan hati, Syafiq berkata, wanita itu adalah rakan sekampungnya.

“Kami sebaya dan rakan sekampung. Kami berkenalan sebelum saya bergelar artis lagi,” katanya lagi.

Mengulas apakah tindakan merahsiakan berita pernikahan disebabkan bimbang populariti merudum, Syafiq menafikannya.



“Saya tidak fikir populariti merudum, tetapi sedikit sebanyak perkara ini memberikan kesan kepada kerjaya.

“Saya merancang mengumumkan berita pernikahan dalam satu majlis, tetapi nampaknya tidak sempat berbuat demikian apabila ia terlebih dahulu berjaya dihidu media,” katanya. BH

Syafiq nikahi pengurus


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker