Lelaki bogel lepas tembakan dalam bas ditahan polis

Lelaki bogel lepas tembakan dalam bas ditahan polis

Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap dalam keadaan berbogel selepas bertindak tidak menentu dengan melepaskan tembakan di dalam bas Greyhound di California Utara.

Tembakan itu menyebabkan seorang wanita berusia 43 tahun terbunuh dan empat yang lain cedera.



Asaahdi Coleman melepaskan tembakan ketika penumpang keluar dari bas menuju ke Los Angeles selepas berhenti di sebuah kedai serbaneka di bandar Oroville, Rabu lalu.

Sheriff di County Butte, Kory Honea berkata, pihaknya menerima panggilan selepas pukul 7.30 malam mengenai seorang penumpang ditembak di dalam bas.

Katanya, pihak polis berjaya menemukan kelongsong peluru berukuran sembilan milimiter di dalam pengangkutan awam itu.

“Selepas melepaskan tembakan, lelaki itu melarikan diri ke kedai serbaneka Walmart dan bergaduh dengan pelanggan di sana.



“Selepas pergaduhan itu berjaya disuraikan, lelaki itu berlalu pergi dan mula menanggalkan pakaiannya sebelum diberkas,” katanya. Utusan

Lelaki bogel lepas tembakan dalam bas ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker