Pilu Lihat Anak Cirit-Birit Hingga Lembik Tidak Bermaya, Ibu Dah Serik Beli Puding Buih

 

Pilu Lihat Anak Cirit-Birit Hingga Lembik Tidak Bermaya, Ibu Dah Serik Beli Puding Buih

KUALA NERUS: “Puding buih memang juadah kegemaran anak lelaki kami namun setelah apa yang menimpa, kami serik untuk makan dan membeli kuih berkenaan.

Itu luahan Tuan Naemah Tuan Husain, ibu kepada dua beradik yang mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih yang dibeli disebuah gerai berhampiran padang bola Kampung Bukit Tumbuh, Rabu lalu.

Jelasnya, sebelum Ramadan lagi anaknya beberapa kali merungut untuk menikmati kuih berkenaan dan pada Rabu lalu dia memenuhi permintaan anak lelaki sulungnya itu.

Bagaimanapun, kegembiraan anaknya yang berusia sembilan dan tujuh tahun menikmati hidangan itu tidak bertahan lama selepas kedua-duanya terpaksa berulang-alik ke tandas dengan keadaan badan yang makin lemah, sehingga terpaksa ditahan di hospital selama empat hari.

“Saya rasa macam satu kesalahan apabila kita sebagai mak ayah mungkin tak peka pada makanan anak. Seterusnya rasa macam trauma, (lihat anak) sampai tahap macam ni… walaupun (pada awalnya) anak yang minta.

“Tapi, begitulah, bila tengok anak macam tu, dalam hati memang tak akan beli lagi (puding buih) sampai bila-bila,” katanya.

Berkongsi pengalaman pahit itu, Tuan Naemah berkata, dia mula menyedari perubahan pada anaknya pada jam 4 pagi Khamis ketika bangun menyediakan juadah bersahur.

Katanya, pada mulanya dia menyangkakan anak lelaki dan perempuannya itu hanya mengalami sakit perut biasa, namun anak-anaknya terus muntah dan cirit-birit berulang sehingga lesu dan tidak bertenaga.

Bimbang dengan keadaan itu, kedua-duanya digegaskan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pada Ahad, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka keracunan makanan, Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata, sampel akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.-AA

Pilu Lihat Anak Cirit-Birit Hingga Lembik Tidak Bermaya, Ibu Dah Serik Beli Puding Buih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker