Upah Jahit Baju Raya Naik RM5 hingga RM20 Sepasang
Rata-rata tukang jahit bersyukur tempahan untuk menyiapkan baju raya bagi meraikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.
Mohamad Firdaus Mohmad Bakari, 25, berkata, kira-kira 200 pasang baju raya tempahan diterima bermula November tahun lalu hingga awal Mac ini.
“Saya sendiri pun tidak boleh nak tanggung semua sebab barangan keperluan menjahit makin mahal.
“Upah menjahit sekarang mengalami kenaikan sekitar RM5 hingga RM10 bagi sehelai pakaian, tetapi saya tidak naikkan harga terlalu melampau disebabkan lokasi saya adalah di luar bandar,” ujarnya.
Seorang lagi tukang jahit, Azira Mohd Rafek, 34, pula berkata, setakat November hingga awal Mac lalu, dia hanya mengambil tempahan raya tidak lebih daripada 150 pasang berikutan dia juga mengambil tempahan secara pukal.
Katanya, kos upah jahit baju terpaksa dinaikkan sekitar RM10 hingga RM20 berikutan kenaikan harga barang jahit dan juga pertambahan upah gaji pekerja.
“Kos upah berbeza mengikut kedai, misalnya sebelum ini baju kurung moden harga asas saya jual RM60, sekarang RM70 bergantung pada jenis rekaan yang diterima,” jelasnya.
Kenaikan harga barang
Menurut seorang lagi tukang jahit, Nor Ashimah Mohamad Nawawi, 34, antara barang yang mengalami kenaikan harga termasuklah zip, getah pinggang dan kertas gam.
“Saya terpaksa juga kenakan upah sekitar RM5 hingga RM10 bergantung pada jenis dan rekaan baju yang diminta.
“Contohnya, baju kurung pesak sekarang saya jual harga RM45, kalau dulu RM35.
“Awal Februari saya sudah tutup tempahan baju raya dan tahun ini saya terhad dalam 50 pasang sahaja kerana saya juga menerima tempahan menjahit langsir,” katanya yang sudah 25 tahun menjadi tukang jahit.
Sementara itu, bagi Nur Farhana Nor Sazali, 25, pada awalnya dia bimbang gara-gara tempahan yang diterima agak perlahan pada Mac lalu kerana kebiasaannya pelanggan akan menghantar dua bulan lebih awal untuk menempah baju raya.
“Bagaimanapun, setelah menghampiri Ramadan baru pelanggan kalut hendak buat tempahan jahit baju raya hingga ada beberapa permintaan pelanggan yang terpaksa saya tolak baru-baru ini.
“Buat masa ini, saya hanya ambil 100 helai baju sahaja kerana semua hantar dalam waktu yang terdekat jadi tidak mampu untuk ambil lebih kerana khuatir tidak sempat menyiapkan tempahan,” ujarnya.-SH
Upah Jahit Baju Raya Naik RM5 hingga RM20 Sepasang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!
- Emma Maembong dera suami?
- Analogi Nabi dan bau kasturi
- Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
- Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh
- Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]
- Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’
- Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka
- Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang
- Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
- “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir
- Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.