Dua sahabat didakwa curi cincin kahwin, kereta
MELAKA – Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas tuduhan memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri beberapa barangan melibatkan kerugian lebih RM15,000 termasuk sebuah kereta pada 3 Mac lepas.
Pembantu restoran Mohd Adib Kasim, 32, dan jurujual Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan kedua mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Hamizzuri Huri, 48, di Taman Merak, Melaka Tengah di sini pada 3 Mac lepas, sekitar 8.15 malam.
Mohd Adib dan Fais didakwa mencuri barangan berupa sebentuk cincin kahwin platinum lelaki, seutas gelang emas, rantai emas, jam tangan pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM5,000.
Selain itu, enam beg tangan pelbagai jenama anggaran RM8,000; satu beg sandang yang mengandungi wang campuran luar negara dianggarkan RM2,000; tiga kunci motosikal bersama cukai jalan; minyak wangi anggaran RM700;
Turut dicuri alat kawalan jauh pintu pagar, polisi insurans kereta Toyota Harrier, dompet mengandungi kad bank, kad insurans, lesen memandu isteri, dua komputer riba, dua unit telefon, seunit tablet, serangkai kunci kereta dan kunci rumah anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM2,000 dan sebuah kereta jenis Toyota Harrier.
Mohd Adib dan Fais didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, dan jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu adalah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda dan sebat.
Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tiada jaminan diberikan ke atas Mohd Adib dan Fais.
Bagaimanapun kedua tertuduh yang diwakili peguam Amrit Singh merayu agar anak guamnya diberi jaminan dengan alasan mempunyai tanggungan anak yang kecil, bekerja sebagai pembantu makanan dan jurujual selain sudah berada lama dalam tahanan.
Mohamad Izwan membenarkan kedua tertuduh dijamin RM7,000 dengan dua penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis seminggu sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan semula. – Bernama
Dua sahabat didakwa curi cincin kahwin, kereta
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!
- Emma Maembong dera suami?
- Analogi Nabi dan bau kasturi
- Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
- Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh
- Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]
- Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’
- Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka
- Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang
- Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
- “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir
- Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.