Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Alicia Keys

Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Alicia Keys

“Saya hargai usaha pemilik akaun Twitter itu,” kata penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin apabila namanya tersenarai dalam kelompok 100 artis utama paling banyak memenangi anugerah sepanjang zaman sebaris selebriti antarabangsa antaranya Michael Jackson, Beyonce dan BTS.

Ia selepas akaun Twitter The Artist Museum itu meletakkan Siti, 43, di kedudukan ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berkecimpung dalam industri seni.



“Saya percaya pemilik akaun itu membuat senarai berdasarkan kajian, pembacaan perkembangan setiap artis.

“Apa yang dipaparkan adalah bilangan senarai anugerah yang diterima artis dan secara tidak langsung saya turut gembira kerana turut tersenarai dan ada yang mengikuti perkembangan saya di dalam industri muzik.

“Apapun terima kasih kerana pemilik akaun itu sudah membuat semakan berapa jumlah anugerah diperolehi artis,” katanya.

Berdasarkan sumber itu, Siti mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.



Untuk rekod, Siti satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah hingga tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod itu hingga kini. HM

Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Alicia Keys


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker