Rekod, lima pelajar Malaysia layak ke Harvard


Rekod, lima pelajar Malaysia layak ke Harvard

Lima pelajar Malaysia diterima memasuki program sarjana muda di Harvard College di Amerika Syarikat bagi tahun pengajian yang akan datang.

Bilangan peljar yang diterima menuntut di institusi pengajian terkemuka dunia itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara. Mereka dipilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

“Kami sangat teruja kerana lima pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun.



“Sebelum ini, paling ramai adalah dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan ada tahun tiada langsung,” kata kata penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob.

Pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih tahun ini ialah:

Chooi Je Qin (SMK Sultan Ismail, Johor, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar);


Chooi Je Qin



Herman Leong Xin Yang (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam;

Ishant Shah (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang, kini melanjutkan Program Matrikulasi Antarabangsa Canadia di Sunway College);


Ishant Shah

Carisma Michaele Wong (SM Stella Maris, Sabah, kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah Biasiswa Yayasan Khazanah); dan



Lee Ee Jenn (kini melanjutkan A-Levels di Garden International School).

Lee, dari Kuala Lumpur, diterima belajar di Harvard, awal tahun ini.

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing melanjutkan pelajaran mereka di dalam bidang astrofizik, biokimia, sains alam sekitar dan polisi awam, politik dan sosiologi.

Ketika menggambarkan kualiti pelajar-pelajar tersebut, Wan Nadiah berkata semua mereka mempamerkan kualiti cemerlang termasuk di luar bidang akademik.



Ia termasuk terlibat dalam kejohanan antarabangsa astrofizik dan astronomi, bermain alat muzik “double bass” untuk orkestra sekolah, mempunyai minat terhadap bahasa dan karaoke Kadazan, mewakili Malaysia dalam pertandingan debat serta terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan kedermawanan.

Ishant pula aadalah pemain skuasy negara, kata Wan Nadiah, yang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Thomson Kota Damansara.

“Semua mereka semua berkongsi dedikasi untuk mengecapi kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati,” katanya.

Penemuduga alumni lain ialah paderi gereja Holy Trinity Bukit Bintang, Jacintha Tagal dan ketua penyelidik Khazanah Nasional Bhd, Nick Khaw.



Lima pelajar itu akan menyertai dua pelajar Malaysia yang diterima masuk tahun lalu.

Mereka adalah Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang. Mk

Rekod, lima pelajar Malaysia layak ke Harvard


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker