Ismail terima al-Quran, kurma sumbangan Raja Arab Saudi

Ismail terima al-Quran, kurma sumbangan Raja Arab Saudi

Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan menyumbang 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sempena Ramadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam catatan di Facebook memaklumkan Penjaga Dua Masjid Suci itu turut menyumbang sebanyak 57 tan kurma untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia sempena bulan mulia itu.

“Saya menganggap hadiah terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi atas hadiah yang diberikan,” katanya dan berharap ikatan diplomasi antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan.

Dalam catatan itu, perdana menteri berkongsi beliau turut menerima al-Quran dan kurma pemberian Raja Salman yang disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan, di pejabatnya di Putrajaya hari ini. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Ismail terima al-Quran, kurma sumbangan Raja Arab Saudi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker