Muhyiddin dakwa pemimpin Pejuang yang mulakan
Muhyiddin dakwa pemimpin Pejuang yang mulakan
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa inisiatif bagi membentuk kerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dibuat selepas beliau didatangi seorang pemimpin kanan parti Pejuang.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Muhyiddin berkata beliau didatangi pemimpin beberapa parti termasuk Pejuang selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor tamat.
“Pertemuan saya dengan Tun Dr Mahathir yang diatur selepas seorang pemimpin kanan parti Pejuang datang menemui saya adalah sebahagian daripada inisiatif ini,” katanya.
Menerusi PRN di Melaka dan Johor, Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga meskipun meraih kurang daripada 50% undi popular.
Menurut Muhyiddin, parti-parti politik itu berpandangan bahawa lebih baik agar parti di luar BN untuk bekerjasama dalam PRU15 bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru.
“Mereka sedar bahawa majoriti rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN) yang masih terpalit dengan imej kleptokrasi. Tetapi oleh kerana berlaku pertembungan banyak penjuru antara parti-parti politik yang bertanding, undi anti-BN berpecah.
“Ini menyebabkan BN dapat memenangi PRN Melaka dan Johor walaupun ditolak oleh majoriti rakyat,” kata Muhyiddin.
Ujarnya, usaha membentuk kerjasama dalam PRU15 juga bertujuan untuk menghalang golongan kleptokrat dalam BN kembali berkuasa seperti mana yang pernah diulas oleh beberapa penganalisis politik.
Sehubungan itu, beliau mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan utama parti-parti politik dalam kerajaan dan pembangkang untuk merintis hubungan kerjasama dalam PRU akan datang.
Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Mahathir bagi mengemukakan cadangan gabungan parti pada PRU15.
Presiden Pejuang Mukhriz berkata, pertemuan antara presiden Bersatu dan pengerusi Pejuang itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas PRN Johor.
Awal hari ini, Presiden Warisan, Shafie Apdal pula mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ada menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik selepas rundingan dengan Mahathir gagal. FMT
Muhyiddin dakwa pemimpin Pejuang yang mulakan
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
You must be logged in to post a comment.