Dua chef hotel dicekup buat onar menjelang Ramadan

Dua chef hotel dicekup buat onar menjelang Ramadan

MELAKA – Kurang 24 jam menjelang Ramadan, dua chef didakwa membuat onar sebelum dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di sebuah hotel bajet awal pagi semalam .
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bapa kepada tiga anak berusia 40 tahun dan pasangannya seorang wanita berusia 20-an diperiksa selepas gagal menunjukkan bukti hubungan mahram atau suami isteri.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, siasatan awal mendapati, pasangan itu yang bekerja sebagai chef di hotel di negeri ini memberi alasan untuk berehat di hotel bajet terletak di Jonker Walk.

“Lelaki terbabit yang sudah mempunyai isteri dan tiga anak berasal dari Sabah juga mengakui mengenali pasangannya itu yang masih bujang sejak setahun lalu.

“Dia mendakwa sudah tinggal berjauhan dengan isterinya yang bekerja di Selangor sejak dua tahun lalu dan kerap menginap di hotel bersama teman wanitanya itu,” katanya.

Operasi disertai enam anggota penguatkuasa JAIM itu diketuai Che Sukri dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata, teman wanitanya itu juga mengakui masih dalam proses mengenali teman lelakinya yang berstatus suami orang.

Kedua-dua chef itu disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) sebelum dibebaskan dengan jaminan. MG

Dua chef hotel dicekup buat onar menjelang Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker